PENGANTIN PIL KUDA

DUNGUN – Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila
sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam
pertamanya luar biasa.Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja
sebagai pemandu lori hantu itu membawapadah apabila dia dicekup polis,
dua hari selepas dia bergelar pengantin baru.Pemuda berusia 25 yang
baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong
dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di
Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang.
Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah.

Pengantin baru inidicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah
dibawa ke ibu pejabat polis daerah setelah dicekup bersama rakannya
kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.Bachok,
Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih
sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini.
Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk
berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya.

“Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih,
akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan
berkahwin dengan saya. “Namun dia tidak mengetahui bahawa
saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah
saya ditangkap petang tadi,” katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor
mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian
Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan
lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952-SH

Dipetik dari : http://permataperjuangan.blogspot.com/2012/06/pengantin-pil-kuda.html  






<< KEMBALI