MARUAH TERGADAI KERANA DADAH

DUNGUN - “Kejadian ini bukan kali pertama. Sejak mengenalinya
hampir dua bulan lalu, saya sudah melakukan hubungan seks
dengannya lebih lima kali. Sudah menjadi perkara biasa bagi saya".
Itu pengakuan Ida (bukan nama sebenar) seorang gadis awal 20-an ketika
dicekup pihak berkuasa selepas rumahnya di Kampung Pantai Laut, Paka
yang disyaki menjadi sarang penagih itu diserbu polis, pagi kelmarin.

Gadis sunti berambut pendek itu ketika berkongsi detik hitam kehidupannya,
pembabitannya dalam gejala tidak bermoral bermula sejak dia meninggalkan
bangku persekolahan.Ketika itu, dia yang baru berumur 17 tahun mula
bergaul dengan rakan sebaya, kebanyakannya remaja lelaki tidak bersekolah
dan difahamkan sebahagiannya terdiri daripada mat rempit.Menurutnya,
dia mula terjebak dengan penyalahgunaan dadah selepas alam persekolahan,
terutama tatkala melihat abang dan bapa kandungnya turut menjadikan
musuh nombor satu negara itu sebagai teman hidup.

Ida yang pada mulanya agak sukar untuk menceritakan rahsia sulitnya itu mengakui,
pergaulannya dengan rakan yang sudah terjebak dengan najis
dadah itu akhirnya memerangkap dirinya sehingga menyebabkan dia turut
mengambil bahan terlarang itu.“Masa itu saya ambil hanya untuk suka-suka.
Tidak keluar duit pun.Kawan berikan, bukan selalu. Kalau rasa gian,
baru saya ambil.“Saya berhenti buat seketika. Tetapi, kalau ada orang beri,
saya ambil.Sekarang saya tidak ambil barang itu lagi, cuma buat hubungan seks. 
Itu pun bukan selalu, hanya bersama teman lelaki,” katanya.Ida yang
ditangkap bersama teman lelakinya yang bekerja di pelantar minyak itu berkata,
sebelum ini, perbuatan tidak bermoral itu sering dilakukan di rumah ibunya.

Namun, ia tidak pernah diambil tahu jiran tetangga, apatah lagi ditangkap pihak
berkuasa.Dalam kejadian itu katanya, dia tidak bernasib baik setelah ditangkap
pihak berkuasa ketika berada berdua-duaan ketika serbuan dibuat di rumahnya,
pagi kelmarin.Ida yang hanya menundukkan muka ketika diberi kaunseling oleh
pihak berkuasa, bagaimanapun dibebaskan setelah ujian saringan air kencing
mendapati dia negatif dadah.Arwah bapanya juga difahamkan meninggal
dunia akibat HIV, manakala abangnya turut menjadi penagih dan sudah beberapa
kali keluar masuk penjara kerana kesalahan itu.Pasangannya, berusia 26 tahun,
berasal dari Bukit Payong, Marang bagaimanapun selepas menjalani ujian
saringan air kencing didapati positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut
mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Pasangan terbabit
ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah
diketuai Inspektor Wahid Sujani yang melakukan serbuan di sebuah rumah
di Kampung Pantai Laut, Paka, Dungun kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.Ketua Polis daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. -SH




<< KEMBALI